Thursday, 23 June 2011

Sejarah Pulau Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.


SEJARAH

Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.

Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.

1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".


Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:

"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"


Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.





Mitos dan Lagenda

Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:


  1. Gergasi Bertarung
  2. Pulau Dayang Bunting  
  3. Mahsuri
  4. Puteri Dayang Sari
  5. Telani dan Telanai
  6. Geroda dan Jentayu
  7. Telaga Tujuh

Monday, 20 June 2011

jom cuti

ingin pergi bercuti ke pulau langkawi, di sini ada satu lokasi penginapan yang sangat strategik ketika bercuti, lokasi yang strategik. jom singgah untuk sebarang maklumat lanjut.

Sunday, 19 June 2011

new here

welcome to home page jom cuti cuti di langkawi

Followers